mukadepan

Iklan

Monday, January 1, 2035

APA ITU LAD DAN CONTOH KIRAAN TUNTUTAN LAD.







Assalamualaikum semua, rasanya dah lama tak post apa - apa di blog ini.
Dari pemerhatian saya nampaknya post ini mendapat view paling tinggi.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada view.

Sedikit pengalaman tambahan, kekadang pemaju akan menawarkan kita satu jumlah pampasan
dalam bentuk voucher. Saya tolak voucher tersebut kerana voucher yang ditawarkan tidak sama
nilai dengan kerugian.

Kita perlu bertegas dengan pemaju dan mahukan hanya bayaran pampasan wang tunai yang sepadan
dengan kelewatan mereka.

Sekian.

Update 26/07/2019
Tuan/puan,

Adakah info saya berikan ini bermanfaat, jika ya bantulah saya dengan klik pada iklan dan tinggalkan
komen pada post ini.

Terima kasih.

Admin


Update 24/03/2014

Tuan/puan,
Mohon untuk klik iklan di laman ini bagi membantu saya.
Terima kasih.

Admin



Updated 18/02/2014 :

Untuk contoh surat LAD boleh klik pada DOWNLOAD.

TERIMA KASIH


As salam,

Pernah dengar tentang LAD ?
Bagi mereka yang baru membeli rumah perlu mengetahui mengenai LAD.

LAD : Liquidated and Ascertained Damages

LAD bermaksud satu denda/ganti rugi yang dikenakan kepada kontraktor/pembekal yang gagal memenuhi sesuatu obligasi kontrak yang telah ditetapkan dalam kontrak.
Di antara kegagalan memenuhi obligasi kontrak yang boleh dikenakan tindakan LAD adalah seperti berikut:
a)Kelewatan menyiapkan projek yang tidak mengikut jadual yang ditetapkan dalam kontrak berkenaan; dan
b)Kelewatan membekal/gagal membekal atau mutu barang yang dibekalkan tidak mengikut spesifikasi dalam kontrak.


Bagaimanakah denda boleh dituntut daripada kontraktor?

Individu hanya perlu menulis surat dengan butir-butir perkiraan denda dan meminta kontraktor bayaran dalam tempoh yang dinyatakan dalam klausa kontrak.
Jika kontraktor gagal membayarnya, denda hendaklah dituntut dari bayaran kemajuan atau sebarang baki bayaran yang kontraktor berhak menerima.Sekiranya ini tidak dapat dilakukan, tuntutan hendaklah dibuat daripada bon pelaksanaan.

Klausa mengenai denda hendaklah dimasukkan dalam dokumen kontrak.


Contoh Pengiraan LAD

(JUMLAH HARGA RUMAH SEPERTI DI S&P X 10% ) / 365 = y (nilai LAD untuk sehari)
LAD = y X bilangan hari lewat dari sepatutnya.

Contoh :

Harga Rumah :RM 250,000.00
Tarikh S&P :31/12/2010
Tarikh Siap / Serah kunci sepatutnya :31/12/2012 (biasanya pemaju sepatutnya menyerahkan kunci rumah 24 bulan selepas tarikh S&P ditandatangani. Rujuk S&P anda).

Tarikh Siap / Serah kunci sebenarnya :01/02/2014

Bilangan Hari Lewat :
Jumlah hari 01/01/2013 - 31/12/2013 = 365 hari
Jumlah hari 01/01/2014 - 31/01/2014 = 31 hari

Jumlah Hari Lewat 396 hari


Oleh itu kiraan untuk LAD adalah seperti berikut :


Dapatkan amaun LAD untuk sehari : RM 250,000 X 0.10 / 365 = RM 68.50 sehari.
LAD keseluruhan = 396 hari X RM 68.50 = RM 27,126.00


Jumlah LAD yang boleh dituntut adalah sebanyak RM 27,126.00.

Pastikan semasa menuntut LAD ini sertakan sekali surat dan klausa berkenaan LAD.
Maklumat ini biasanya tidak dimaklumkan oleh pemaju kepada pembeli.

Tetapi ketahuilah hak-hak anda.

OK.
BABAI...